29 March 2013
Aku mempunyai seorang rakan karib yang berasal dari
negeri Kelantan. Namanya ialah Suhaila. Dia boleh bercakap bahasa Melayu
standard dengan baik sekali tetapi apabila dia berjumpa dengan kawan-kawannya
yang turut berasal dari negeri Kelantan juga, dia akan bercakap dengan
menggunakan dialek Kelantan. Meskipun aku berasal dari negeri Pahang, aku masih
dapat memahami tutur ayat yang disebutkan oleh Suhaila dan kawan-kawannya.
Contoh ayat yang digunakan olehnya, “Mu
wak gapo tu? dan Bule ambo ikut etep?”
Ia bermaksud “Awak Buat Apa Tu? dan Boleh Saya Ikut Juga?” Dialek Kelantan
merupakan dialek Melayu yang paling banyak mempunyai beza sebutan dari
dialek-dialek Melayu di Semenanjung. Selain beza sebutan, dialek Kelantan juga
mempunyai banyak perkataan yang berbeza. Ciri utamanya adalah penggantian huruf
‘n’ dan ‘ng’ di belakang kata dengan huruf ‘e’ manakala huruf ‘a’ di belakang
kata juga diganti dengan bunyi ‘o’. Dialek Kelantan merupakan salah satu
daripada variasi bahasa yang unik dan kaya terutamanya dari segi sebutan, kosa
kata dan makna. Antara contoh lain ialah “bojeng”
yang membawa makna gaya rambut, “kuis”
iaitu menggerakkan sesuatu dengan kaki, “kuca
bara” yang bermaksud suasana yang bersepah dan banyak lagi. Penggunaan
dialek Kelantan ini haruslah diteruskan dan khazanah kekayaan dialek Kelantan
perlu dicari gali agar ia tidak luput ditelan arus zaman.
No comments:
Post a Comment