1 April 2013
Aku merupakan anak jati Pahang, ayah dan juga ibuku
berasal dari negeri Pahang. Terdapat pelbagai dialek negeri Pahang dan
kebanyakannya berasal dari Temerloh, Pahang. Gaya penuturan sama seperti
penutur dialek Kelantan dan dialek Terengganu. Namun, ianya berbeza sedikit
dari segi sebutan. Tidak banyak maklumat yang diperolehi tentang dialek negeri
Pahang ini kerana penuturnya lebih cenderung menggunakan dialek Johor-Riau
(Pahang pada suatu masa dahulu adalah sebahagian dari jajahan kerajaan
Johor-Riau-Lingga). Antara contohnya ialah:
Aok – awak
Ampuh – sempat
Babir –degil
Biroh – gatal
Berte’eih –
bertungkus-lumus
Bela – baiki
Cemuih – bosan
Cakner – peduli
Dan – sempat
Jabir – plastik
Koi – saya/aku
Malaih – malas
Mengkane – kain telekung
Pedo’oh – tipu
Sokmo - selalu
No comments:
Post a Comment