20 March 2013
Pada minggu yang lalu, aku mendapat satu panggilan telefon
daripada rakanku, Hairul yang sedang menuntut di Uitm, Shah Alam. Dia
menceritakan tentang satu kejadian kes ragut yang berlaku betul-betul di
hadapan matanya. Kejadian tersebut berlaku pada pukul 4 pagi iaitu semasa dia
dan beberapa orang rakannya sedang menonton perlawanan bola sepak di sebuah
gerai makan yang berhampiran dengan rumah sewanya. Dia memberitahu bahawa
perempuan yang diragut itu berjalan seorang diri dengan membawa sebuah beg
tangan lalu diragut oleh seorang mat rempit. Perempuan itu kebiasaannya akan
keluar pada waktu malam untuk melepak dengan kawannya yang juga merupakan mat
rempit. Pada ketika itu terdapat ramai orang awam yang melihat kejadian ragut itu,
namun mereka semuanya tergamam dan tidak sempat untuk mengejar mat rempit
tersebut. Perempuan tersebut kelihatan terkejut dan tergamam tetapi nasibnya
baik kerana dia hanya terjatuh dan tidak mengalami kecederaan yang teruk. Orang
ramai terus meluru ke arahnya dan membantu untuk mententeramkannya. Ini
merupakan kali kedua Hairul melihat kes ragut yang berlaku betul-betul di
hadapan matanya. Sebelum dia menamatkan perbualan telefon antara kami, dia
sempat mengingatkanku agar tidak berjalan seorang diri pada waktu malam dan
sentiasa berwaspada semasa membawa beg tangan ke mana-mana. Aku sangat
bersyukur kerana mempunyai seorang rakan sebaik Hairul kerana dia merupakan
sahabatku yang sangat mengambil berat dan pesanannya akan sentiasa terpahat
dalam ingatanku ini.
No comments:
Post a Comment