19 March 2013
Pada
hari ini, aku mendapat khabar berita yang sangat menyedihkan daripada adikku.
Adikku memberitahu bahawa rakan sekolejnya yang bernama Nur Ajlaa telah
terlibat dalam kemalangan jalan raya dan telah pun meninggal dunia. Meskipun
arwah tidak mempunyai kaitan denganku, tetapi aku turut menumpang sedih
terhadap kematiannya. Arwah dikatakan keluar bersama empat orang rakan kolej
yang lain dengan menaiki sebuah kereta sewa. Mereka bersiar-siar ke Pantai
Cherating dan sebelum kejadian, arwah sempat mengajak rakan-rakannya singgah ke
rumahnya sebelum pulang ke kolej mereka. Arwah juga sempat berjumpa dan mencium
tangan ibunya sebelum maut di tempat kejadian yang tidak jauh dari rumahnya.
Manakala empat rakannya cedera parah dan berada di wad ICU. Semoga arwah
ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah. Kejadian tersebut
sungguh menyentuh hati kami sekeluarga yang bersimpati dengan keluarga mangsa.
Semoga keluarga arwah tabah dan sabar menghadapi ujian dari Allah S.W.T dan
menerima qada’ dan qadarNya.
No comments:
Post a Comment