18 March 2013
Pada ketika ini, semua orang sedang berbicara tentang isu
di Palestin terutamanya di laman-laman sosial, radio, surat khabar mahu pun di
televisyen. Semuanya berbicara tentang kekejaman Israel terhadap Palestin. Aku juga
tidak ketinggalan mengikuti perkembangannya. Hari ini juga aku telah
menyaksikan satu video tentang kekejaman Israel terhadap Palestin. Aku tidak
dapat menahan kesedihan daripada apa yang aku lihat. Ternyata sugguh terseksa
keadaan penduduk di Palestin. Air mataku menitis kesedihan. Anak-anak kecil
dibom dan terbunuh dengan begitu sahaja tanpa rasa belas kasihan langsung.
Beribu-ribu mayat bergelimpangan dan beribu-ribu manusia yang mati syahid.
Dapat kubayangkan penderitaan yang mereka alami pada waktu ini. Aku hanya mampu
berdoa supaya mereka mencapai keamanan di sana. Ya Allah ya Tuhanku,
selamatkanlah saudara-saudara seislamku di sana. Semoga semuanya baik-baik
sahaja. Amin.
No comments:
Post a Comment