26 March 2013
Aku
berasa sungguh bosan memandangkan teman sebilikku telah keluar bersama rakannya
yang lain lantas aku menuju ke bilik sebelah. Rupanya-rupanya kawanku yang
bernama Diana sedang berbual di telefon. Anehnya, aku tidak memahami sepatah
perkataan pun yang dibualkannya. Bahasa apakah yang digunakan? Aku terdengar
dia menyebut perkataan “westuru opo orak,
dollan-dollan dan ama.” Selesai
sahaja dia berbual-bual di telefon, aku pun terus meluru ke arahnya untuk
bertanyakan kepadanya. Berjuta persoalan bermain di mindaku ini. Apabila aku
mengajukan soalan kepadanya, terus sahaja meledak ketawanya. Aku tercengang dan
dahiku berkerut. Aku terus mendesaknya supaya memberitahu bahasa apakah yang
digunakan olehnya sebentar tadi atau pun aku telah tersalah dengar. Aku
memandang wajahnya dengan bersungguh-sungguh. Rupa-rupanya dia berbual dengan
ibunya dengan menggunakan bahasa Jawa. Selepas itu, barulah dia menjelaskan
bahawa dia berketurunan Jawa. Kemudian, baruku tahu bahawa “dollan” itu adalah perkataan Jawa yang bermaksud jalan-jalan. Dia turut
memanggil ibunya dengan panggilan ‘ama’
yang bermaksud emak. Sedikit sebanyak aku turut mempelajari bahasa Jawa
daripadanya. Aku berasa sangat seronok dan aku telah menyedari bahawa bahasa
Jawa juga sangat menarik untuk dipelajari. Selain itu, aku juga berpendapat
bahawa tidak salah sekiranya kita mempelajari bahasa lain selain bahasa ibunda
kita iaitu bahasa Melayu kerana melalui bahasa, kita dapat meluaskan ilmu
pengetahuan kita.
No comments:
Post a Comment